Abdullah bin Hassan berasal dari Machang, Kelantan. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Lelaki sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Persijilan Tahfiz Al-Quran di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kemudiannya beliau menyambung pelajaran ke Pusat Asasi Sains Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Sains Bioteknologi dengan Kepujian. Beliau mendapat pengajian tidak formal dalam bidang falak dan astronomi bermula di sekolah menengah bermula tahun 1998, dan meneruskan pengajian ilmu falak lebih mendalam di bawah bimbingan Ustaz Sabaruddin bin Othman di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan dan Haji Abdul Ghani bin Salleh melalui Kursus Asas Falak pada tahun 2004. Mula melibatkan diri dengan pembinaan jam matahari atau mizwalah jenis mendatar bermula tahun 2012 di Maahad Muhammadi Perempuan dan telah membina dan memasang jam matahari lebih daripada 20 buah di seluruh Malaysia. Di antaranya ialah jam matahari jenis mendatar di Sekolah Angkatan Tentera Johor Bharu (2014), jam matahari jenis mendatar Masjid Negara (2015), jam matahari jenis mendatar di ibupejabat JUPEM (2021), jam matahari jenis mendatar di Hutan Simpan Sungai Menyala PD Forest (2022), jam matahari rehal di Politeknik Kota Bharu (2023), jam matahari jenis rehal di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (2023), jam matahari jenis mendatar di Kolej Genius Insan USIM (2024), jam matahari ekuatorial di Balai Cerap Negeri Sembilan (2025) dan jam matahari jenis menegak di Balai Cerap Negeri Selangor (2026).